Sistem SMS

Dalam sesebuah organisasi, pemasaran adalah usaha utama untuk jualan kepada syarikat. Tanpa jualan, tidak akan ada keuntungan, dari itu kami telah menyediakan sistem SMS Blast sebagai platform pemasaran. Dengan menggunakan sistem ini, kos dapat dijimatkan dan meningkatkan jualan.

Sistem SMS kami membolehkan anda untuk menghantar SMS kepada beribu-ribu orang untuk tujuan promosi, notifikasi, berita, jemputan, pengesahan, peringatan dan lain-lain. Ia adalah perisian yang boleh dikendalikan secara online, oleh itu tidak perlu apa-apa pemasangan pada komputer dan boleh diakses di mana sahaja dan pada bila-bila masa saja.

Dengan harga yang sangat berpatutan untuk kredit SMS, ia akan memberi banyak faedah kepada perniagaan dan organisasi. Tidak terhad kepada organisasi perniagaan sahaja, malah boleh digunakan oleh pihak sekolah, masjid, persatuan dan kelab.